Laman Sesawang Rasmi Inovasi Guru Bahasa Melayu

latar belakang i-gbm

Inovasi Gemilang Bahasa Melayu Sekolah Rendah 2019 (i-GBM) telah dimulakan oleh Professor Madya Dr Vijayaletchumy Subramaniam, pengerusi Pertubuhan Tulir Malaysia buat kali pertama bagi bangsa pendidik. i-GBM juga adalah antara pameran pertandingan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Tulir Malaysia (PTM) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti dan Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangor yang terlibat secara langsung dalam bidang bahasa, sastera dan budaya Melayu sentiasa gah melangkah untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Inovasi Gemilang Bahasa Melayu Sekolah Rendah (i-GBM) menyediakan satu platform untuk pencipta dan pereka untuk mempamerkan ciptaan, idea, prototaip, produk dan reka bentuk terbaru, kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi bertaraf antarabangsa. 

Seterusnya, i-GBM juga membuka jalan untuk meningkatkan rangkaian dan kerjasama dalam kalangan guru yang mengajar 

Bahasa Melayu di Sekolah Rendah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang berpotensi untuk meneroka dan mengkomersialkan ciptaan mereka.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mewujudkan kemahiran abad ke-21 ke dalam semua mata pelajaran di sekolah termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Keadah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menjadi medium baharu yang sangat penting dalam menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran (PDP) sejajar dengan tema ‘Revolusi Tenaga Pengajar ke Arah PdPc Abad ke-21’. Oleh hal yang demikian, golongan pendidik perlu meningkatkan daya kreativiti dan inovasi supaya pendidikan negara tidak ketinggalan dalam menghasilkan inovasi bertepatkan tema i-GBM. Inovasi yang melibatkan pembelajaran abad ke-21 akan memberi kesan positif kepada sikap dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Inovasi ini juga akan melahirkan warga pendidik yang membawa pembaharuan dan berdaya saing dalam bidang pendidikan terutamanya Bahasa Melayu.

Objektif i-GBM

Pedagogi

Menyelesaikan masalah pedagogi melalui inovasi memperkasakan bahasa Melayu

Kreatif

Menghasilkan guru Bahasa Melayu yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam PdPc di sekolah rendah

Minat

Memupuk dan memperkukuh minat dan keyakinan guru sekolah rendah untuk mencapai kecemerlangan penyelidikan, penulisan dan kegiatan penerbitan yang berimpak tinggi.

Hubungan

Menyediakan platform untuk menjalinkan hubungan antara guru sekolah rendah berlainan negeri dalam pembelajaran bahasa Melayu.

Close Menu