Penyerahan abstrak
Inovasi Gemilang Bahasa Melayu Sekolah Rendah (i-GBM) akan berlangsung di White House, Universiti Putra Malaysia pada 7 dan 8 Disember 2019. Inovasi ini dengan segala hormatnya mengundang pempamer dari seluruh negara Malaysia untuk bertemu and bertukar idea terkini dalam bidang Bahasa Melayu. Pempamer dihendaki untuk menghantar abstrak 250 patah perkataan ke emel inovasigbm@gmail.com. Sila nyatakan ‘i-GBM2019 Abstrak’ di bahagian subjek emel anda.
templat poster
Format poster : Inovasi Guru Bahasa Melayu (i-GBM) 2019
- Pempamer perlu menyediakan satu poster bagi setiap penyertaan
- Saiz poster ialah A1 (841 mm X 594 mm)
- Orientasi poster adalah potrait (841 mm X 594 mm)
- Setiap pempamer diberikan 7 minit untuk persembahan lisan, diikuti dengan 3 minit sesi soalan dan jawab.
- Sila rujuk garis panduan poster untuk maklumat lanjut.
